Wednesday 21 December 2011

Mengapa Masih Tidak Mahu Berubah??

Hari ini terbaca komen dari seorang rakan guru yang mengajar di salah sebuah sekolah murid Orang Asli di Tasik Chini. Beliau menyatakan tentang jawapan yang diterima daripada segelintir ibu bapa murid di sekolah tersebut yang memberikan jawapan setelah diajukan soalan, mengapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka datang ke sekolah? Jawapan yang diterima, "kalau datang ke sekolah, boleh dapat duit ke?". Dan ada juga yang memberikan jawapan, "Siapa nak bayar yuran untuk mereka?Cikgu nak tolong bayarkan ke?". Apabila merenung jawapan-jawapan itu, timbul kekesalan di hati saya. Mengapa terlalu sukar untuk bangsa saya berubah serta mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Mereka tidak mahu membuka mata, melihat bahawa Orang Asli sudah jauh ketinggalan. Semoga kesedaran akan timbul dalam diri mereka yang masih berfikiran sempit. Diharapkan kejayaan Orang Asli lain akan menjadi pembakar semangat serta memberikan dorongan kepada mereka..Bangunlah wahai bangsaku...

1 comment:

  1. Apabila merenung jawapan-jawapan itu, timbul kekesalan di hati saya. Mengapa terlalu sukar untuk bangsa saya berubah serta mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Mereka tidak mahu membuka mata, melihat bahawa Интим:) индивидуалки проститутки Киева
    Маленькая и очаровательная кошечка с большими сисями будет всем, чем хочешь ты... Я студентка. Учуcь хорошо. В учебе не отстаю. У меня много свободного времени. Ищу мужчину или в облике мужчины друга с которым можно было бы расслабиться и отдохнуть. Я отношу себя к очень красивым В конце концов все воспоминания печальны, ибо они связаны с прошлым.

    ReplyDelete