Wednesday, 21 December 2011
Mengapa Masih Tidak Mahu Berubah??
Hari ini terbaca komen dari seorang rakan guru yang mengajar di salah sebuah sekolah murid Orang Asli di Tasik Chini. Beliau menyatakan tentang jawapan yang diterima daripada segelintir ibu bapa murid di sekolah tersebut yang memberikan jawapan setelah diajukan soalan, mengapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka datang ke sekolah? Jawapan yang diterima, "kalau datang ke sekolah, boleh dapat duit ke?". Dan ada juga yang memberikan jawapan, "Siapa nak bayar yuran untuk mereka?Cikgu nak tolong bayarkan ke?". Apabila merenung jawapan-jawapan itu, timbul kekesalan di hati saya. Mengapa terlalu sukar untuk bangsa saya berubah serta mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Mereka tidak mahu membuka mata, melihat bahawa Orang Asli sudah jauh ketinggalan. Semoga kesedaran akan timbul dalam diri mereka yang masih berfikiran sempit. Diharapkan kejayaan Orang Asli lain akan menjadi pembakar semangat serta memberikan dorongan kepada mereka..Bangunlah wahai bangsaku...
Monday, 26 September 2011
Kenali Mereka
Siapakah wajah-wajah ini???Inilah wajah anak pribumi atau lebih dikenali sebagai Orang Asli.Pemalukah mereka?Bahasa apa mereka gunakan ketika berkomunikasi?Pandaikah mereka?Inilah persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran mereka yang masih belum pernah bertemu dengan anak-anak ini....Apa pun kenalilah mereka kerana anak-anak ini juga sama seperti orang lain.Dekati, fahami, selami kehidupan mereka....ditujukan khas buat guru-guru yang mengajar di sekolah murid Orang Asli.
Tuesday, 20 September 2011
Dunia Seorang Guru
Ada orang berkata mudahnya bekerja sebagai seorang guru..Sabtu dan Ahad boleh cuti.Kalau sekolah cuti semester, guru pun turut bercuti..sebenarnya tak begitu.Mencurahkan ilmu tak semudah mencurah air.Anak-anak yang ada di depan mata, ada kalanya datang umpama sehelai kertas putih.Dari tangan seorang gurulah akan mencorakkan mindanya untuk menjadi seorang bijak pandai.Bukan sahaja hanya pandai menulis atau mengira, tapi juga boleh mempersiapkan dirinya sebagai seorang yang berjaya yang terdidik jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Subscribe to:
Posts (Atom)